Thursday, May 24, 2012

Konsep CORE dan FRINGE Vocabulary

Menarik kan...tapi, apakah perkataan yang perlu kita masukkan di dalam manual communication board seperti Pixon? Mari berkenalan dengan CORE VOCABULARY AND FRINGE VOCABULARY. Selepas ini, pasti ada kajian mengenai Core Vocabulary di dalam Bahasa Melayu akan menyusul kemudian.

http://www5.esc13.net/lowincidence/docs/BTHArchive/bth10/14_CoreLanguage.pdf

Konsep CORE VOCABULARY amat penting untuk kita mempelajari sesuatu bahasa kerana sifat perkataan ini ialah UNIVERSAL. Ia digunakan dimana-mana sahaja, tidak mengenal konteks dan latar belakang, dan yang pastinya, umur seseorang.

http://homepage.mac.com/terryjohnmick/jafw/html/lang/lang_123.htm

Ingat:
CORE VOCABULARY ialah perkataan yang digunakan untuk perbualan interaktif dan bukan bersumberkan teks atau penulisan. Interaktif bermakna, sumber bahasa yang diperolehi dalam kajian CORE VOCABULARY adalah daripada pertuturan kanak-kanak atau dewasa yang bertutur dengan rakan berbual dalam aktiviti harian mereka. Jadi, mari kita belajar mengenali apakah contoh-contoh perkataan tersebut.

Bahasa Inggeris - terjemahan bahasa Melayu

I - saya
No - tidak
Yes - ya
my - kepunyaan saya
the - determiner
want - nak
is - ialah
it - ia
that - itu
a - determiner
go - mula
mine - saya punya
you - anda
what - apa
on - atas
in - dalam
here - sini
out - luar
more - lagi
off - tutup / tidak berfungsi
some - sikit
help - tolong
all done / finished - habis

Sumber: Banajee et al (2003) Core Vocabulary of Toddlers menggunakan sampel bahasa 50 orang kanak-kanak berusia 2 hingga 3 tahun (34 perempuan dan 16 lelaki) yang menggunakan 2 hingga 3 ujaran dalam pertuturan harian.



Jika anda berminat membaca journal mengenainya, boleh email nao18@pitt.edu dan kita boleh berkongsi bersama-sama.

Mula mengajar anak-anak menggunakan Simbol Unity dari Minspeak

Impian untuk menghadirkan diri ke Unity Language Seminar di Semantic Compaction Systems, di Pittsburgh akhirnya terlaksana juga hari ini. Tidak rugi jika kita ada impian, kerana setiap impian jika disusuli dengan usaha, pasti kejayaan akan bersama kita. Setelah 3 hari menjalani latihan intensif di sini, langkah seterusnya sudah pasti mencubanya di rumah dengan anak-anak sebagai tikus ekperimen. Kakak dan adik akan menjadi bahan eksperimen terbaik mama, terutamanya untuk mereka mempelajari bahasa kedua, iaitu American English. 

Pertama, jom kita terjah website Minspeak untuk belajar bersama-sama. Pixon adalah manual communication board dalam bahasa Inggeris yang boleh digunakan untuk memulakan sesi terapi dalam bahasa Inggeris. Ia juga boleh menjadi pedoman untuk kita menyediakan manual communication board dalam bahasa Melayu. 







Pilih intervention planning dan kita lihat apa yang menarik di sana. Aha, pilih Pixon Boards, Pictures & Support Materials. 


Kemudian, apa yang menarik di sini ialah, Pixon Boards yang sedia untuk digunakan. Hanya klik print dan mempunyai CORE VOCABULARY yang cukup untuk pengajaran bahasa Inggeris peringkat awal kanak-kanak. http://minspeak.com/teachers/documents/Pixon_50_Core_Flip_LEGAL.pdf

Inilah dia...

Taraaaaaaaaaaa.........alhamdulillah. Adik dan kakak akan mahir membuat ayat mudah dengan carta ini. Persediaan untuk memasuki kindy di Pittsburgh. Terima kasih Semantic Compaction dengan freebies items yang sangat berguna untuk kami.