Thursday, May 24, 2012

Mula mengajar anak-anak menggunakan Simbol Unity dari Minspeak

Impian untuk menghadirkan diri ke Unity Language Seminar di Semantic Compaction Systems, di Pittsburgh akhirnya terlaksana juga hari ini. Tidak rugi jika kita ada impian, kerana setiap impian jika disusuli dengan usaha, pasti kejayaan akan bersama kita. Setelah 3 hari menjalani latihan intensif di sini, langkah seterusnya sudah pasti mencubanya di rumah dengan anak-anak sebagai tikus ekperimen. Kakak dan adik akan menjadi bahan eksperimen terbaik mama, terutamanya untuk mereka mempelajari bahasa kedua, iaitu American English. 

Pertama, jom kita terjah website Minspeak untuk belajar bersama-sama. Pixon adalah manual communication board dalam bahasa Inggeris yang boleh digunakan untuk memulakan sesi terapi dalam bahasa Inggeris. Ia juga boleh menjadi pedoman untuk kita menyediakan manual communication board dalam bahasa Melayu. 







Pilih intervention planning dan kita lihat apa yang menarik di sana. Aha, pilih Pixon Boards, Pictures & Support Materials. 


Kemudian, apa yang menarik di sini ialah, Pixon Boards yang sedia untuk digunakan. Hanya klik print dan mempunyai CORE VOCABULARY yang cukup untuk pengajaran bahasa Inggeris peringkat awal kanak-kanak. http://minspeak.com/teachers/documents/Pixon_50_Core_Flip_LEGAL.pdf

Inilah dia...

Taraaaaaaaaaaa.........alhamdulillah. Adik dan kakak akan mahir membuat ayat mudah dengan carta ini. Persediaan untuk memasuki kindy di Pittsburgh. Terima kasih Semantic Compaction dengan freebies items yang sangat berguna untuk kami.

No comments:

Post a Comment